Wednesday, December 22, 2010

MINYAK HABBATUSSAUDA' GARLIC


Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda') telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

 

KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH

Penawar ajaib dari pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’) pada hakikatnya diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “ Dalam habbatus sauda’ (nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut “ Riwayat AlBukhari.

Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi.

Habbatus-sauda ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya.

 

BAYI DAN KANAK-KANAK

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa (habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan  kerap buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.

 

ORANG TUA

Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan cirri-ciri menguatkan lagi system imun, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang tua.

1. Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')kaya dalam nilai pemakanan :
Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan arabinose ditemui dalam jintan hitam.

2. Buah bunga Nigella Sativa (habbatussaubda') mengandungi komponen polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

3. Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam buah bunga nigella sativa (habbatussaubda'), termasuk lapan belas daripada sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada pemakanan kita.

4. Buah bunga Nagella Sativa (habbatussaubda') mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.
Analisis kimia mendedahkan bahawa buah bunga nagella sativa (habbatussaubda')mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.
5. Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') juga merupakan sumber kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim.



Cuma RM28.50 sebotol!